Wednesday, December 29, 2010

PULUT KUNING


pulut kuning yang mama sediakan untuk majlis perkahwinan anak sedara

bahan-bahan:

1 kilo beras pulut
2 - 3 cawan santan pekat
jus kunyit (dari perahan kunyit yg ditumbuk)
sedikit garam dan sesudu kecil gula
air kelapa dan beberapa keping asam keping

basuh beras pulut dan rendam bersama kunyit dan asam keping dan air kelapa selama 4 jam, asam keping dan air kelapa pula bertujuan supaya pulut yg dikukus nampak cantik dan berkilat

toskan beras pulut dan kukuslah selama 20 - 30 minit

angkat pulut dan arong (gaul) bersama dengan santan pekat 2 - 3 cawan bersama garam dan gula. kalau pulut kuning tu bertujuan untuk dipacak bunga telur elok kurangkan santannya supaya pulut agak sedang elok dan bila dipacak bunga telur tak tumbang.
kukus sekali lagi pulut selama 20 - 30 minit atau hingga elok masak
siap untuk dihias atau dihidangkan. hidangkan dengan rendang, kari atau serunding

ukir lobak merah & putih dan rendam dulu untuk dijadikan hiasan

4 comments:

kak rus said...

Salam MamaAtiq...berseri-seri pulut kuning tuuuuuu....cantik sungguh

mama atiq said...

ye ke kak rus he he...:)

Zanna Rohim said...

Salam..
suka tengok saya ni minat buta kuih tapi masalahnya bila buat sayik tak jadi kecewa

mama atiq said...

ZR...:) jgn mudah putus asa..lama2 jadila tu..