Wednesday, October 6, 2010

MEEHOON IKAN BILIS

stok bahan mentah dah abes, esbox pun dah kosong, ari minggu asyik gi kenduri kahwin ngan ari terbuka raya, tak sempat lak ke pasar...malasnya nak keluar, baba pulok seharian ngadap tv ~ nonton sukom new delhi

yg ada...meehoon, ikan bilis n telor ~ layan ajelah
meehoon putih bodoh2 pun sedap la jugok!! :) makan pulok ngan sambal kicap ~ pergh!! kalau lah hari-hari berselero makan camni..sgt berjimat cermat ~ x lama je kayo mok cik !! hik hik..


bahan-bahan
1/2 bungkus meehoon (mama suka cap bintang kerana x mudah hancur)
segenggam ikan bilis
lobak merah parut kasar
minyak untuk menumis
kicap cair (sos ikan cap sotong)
2 sudu besar lada sulah (mama guna ajishio)
5 biji bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 biji telur
daun bawang, tomato dan cili untuk ditabur

peraturan

rendam meehoon hingga lembut, toskan.
tumis bawang2 hingga naik bau, masukkan ikan bilis goreng sebentar.
masukkan kicap cair dan lada sulah gaul lagi. masukan lobak merah masak sekejab lalu masukkan meehoon, gaul rata bila meehon dan lembut ketepikan lalu dipecahkan telor goreng telor hinggga agak kering baru digaul dengan mehoon angkat n hidangkan ngan sambal kicap bercili api

sambal kicap: cili api, bawang putih, kicap manis & limau kasturi dikisar dan gaul sebati

No comments:

Post a Comment