Bubur kacang memang la enak walau dimakan begitu saja tapi, macam-macam cara boleh kita lakukan untuk menambah perisa bubur kacang, ada yang suka tambah durian, nangka, pandan, ada yang suka mencampurkan sedikit halia selain harum halia dikatakan boleh buang angin. Ada pula petua untuk menyedapkankan lg... kacang hijau harus di goreng tanpa minyak (sangai) sebelum direbus...memang wangi je bubur kacang kita.
ada yang suka guna gula melaka...guna gula putih pun ok juga....tapi nak lebih lemak berkrim boleh guna susu pekat, dan tak perlu lg masukkan gula...Mama atiq pula suka kalau bubur kacang dicampurkan sedikit halwa pala dan kismis...yummy! yummmy !
menyediakannya memang mudah , belanja pun murah...
Bahan-bahan
2 cawan kacang hijau
2 cawan santan pekat
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu gula merah / putih ( agak2 sendiri, sbb susu pekat tu dh manis)
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan koyak dan simpul
kismis banyak ikut citarasa
2 cawan kacang hijau
2 cawan santan pekat
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu gula merah / putih ( agak2 sendiri, sbb susu pekat tu dh manis)
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan koyak dan simpul
kismis banyak ikut citarasa
halwa pala (sagat) banyak ikut citara
2-3 sudu sagu bilas dan tos dulu
Cara-cara
kacang hijau digoreng tanpa minyak dlm 3-4 minit kemudian rendam dlm 1-2 jam
bilas dan, rebus kacang sampai empuk. bila semua kacang dah pecah dan empuk, masukkan semua bahan lain kecuali sagu. biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan sagu.
tambah air jika agak pekat sbb bila dah sejuk nanti, kuah akan makin pekat
bilas dan, rebus kacang sampai empuk. bila semua kacang dah pecah dan empuk, masukkan semua bahan lain kecuali sagu. biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan sagu.
tambah air jika agak pekat sbb bila dah sejuk nanti, kuah akan makin pekat
fakta tentang kacang hijau
antaranya:
Tidak seperti sayur lain, semakin lama direbus, khasiatnya akan berkurang. Kacang hijau justru tidak terpengaruh oleh suhu panas.
Rebusan kacang hijau yang dicampur madu boleh meredakan demam bayi
dan dikatakan bleh meningkatkan gairah....:)
Mengandungi karbohidrat, fiber, protein, vitamin dan mineral terhidrat.
Fungsi: Meneutralkan toksin dalam tubuh, menyeimbang kesihatan hati dan hempedu; mengurangkan radang, melegakan jangkitan salur kencing, mengurangkan pengumpulan air, tekanan darah tinggi, asid gastrik dan masalah jantung serta darah.
3 comments:
antara manisan yg paling ringkas, senang dan paling penting sedap...
teringat makan bubur ni waktu2 hujan dengan roti...
Mama, nanti saya pergi KL tolong buat bubur kacang untuk saya. hehehe
Bagus untuk yang susah buang air besar esp untuk ibu2 dalam pantang(walaupun setengah orang kata angin- tapi it works).. sebab kacang hijau banyak serat..
Post a Comment