Friday, December 11, 2009

DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN

Sihitam yang menggoda...




Bahan-bahan ( 8 biji )

1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh bicarbonate of soda
¾ cawan gula perang (resipi asal gula kaster)
¼ cawan serbuk koko
100 gram mentega, dicairkan
1 biji telur
¾ cawan yoghurt plain
½ cawan susu coklat (resipi asal susu putih)
½ sudu teh esen vanilla
½ cawan coklat cip

Cara-cara


Panaskan ketuhar pada suhu 180’C.
Ayak tepung, bicarbonate of soda dan serbuk koko bersama dan masukkan gula.
Pukul telur dan esen vanilla, masukkan kesemua bahan cecair kedalam adunan tepung.
Kaup dan pusing satu arah menggunakan garfu sehingga tepung serata bersama adunan yang lain.
Sendukkan adunan kedalam loyang muffin yang telah dilengser.
Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih.


Resipi dari blog Quick N Easy Treats yang dipanjangkan DianaA kat MyResepi ...TQ...


No comments: