Friday, October 9, 2009

NUGGET AYAM

kanak2 suka ni...mak dan apak kanak2 pun suka jugak...



bahan yang diperlukan

(A)
450 gm isi ayam bahagian dada
1 sudu besar tepung gandum
160 ml susu segar
2 cawan serbuk cream cracker
1 sudu besar butter
2 biji telur dipukul
(B)
1/2 biji cili merah dicincang
sedikit daun bawang dihiris halus
sedikit daun sop
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu garam halus

cara membuatnya

1. isi ayam dikukus dan disiat2
2. gaul dengan serbuk biskut crackers
3. panaskan butter dalam api yg sederhana masukkan tepung gandum
4. kacau sekejab lalu masukan susu agak2 mendidih masukan bahan no.2 & (B)
5. kacau sebati dan biarkan sejuk
6. bahagikan 20 gm setiap ketul...dapat dalam 30 ketul
7. bentukkan bulat dan leperkan celup dalam telur & coat dgn serbuk cream crakers
8. goreng dengan minyak yg banyak hingga kuning keemasan
hidangkan dengan sos cili untuk apak dan mak, sos tomato untuk anak2

1 comment:

IMCurtain said...

Salam sejahtera,

Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami.

Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!