Saturday, October 10, 2009

BELEDA KERING

beleda kering (agar-agar kering) yg cantik mengiurkan dengan berbagai warna & perisa nilah yg mama kunyah tak hengat donia lepas raya lepas..membuat tahap kemanisan dalam darah mama menjadi kaw giler...sehingga menggerunkan ramai pihak....

masih nak resepi? nah! ambik la... tp. kalau apa2 berlaku jangan kaitkan mama...

resepi 1
1 paket agar-agar
1 mangkok sedang air basuhan beras
1 mangkok sedang air untuk direbus bersama agar-agar
1 mangkok sedang gula pasir
1 paket kecil gula batu
Sedikit pewarna merah
mama tambah 1 perisa mewakili 1 warna

Agar-agar direndam bersama 1 mangkok sedang air basuhan beras (direndam sehari semalam)
Masak agar-agar bersama gula pasir sehingga hancur.
Tapis agar-agar yang telah masak dan dimasak sekali lagi dengan gula batu
Warnakan mengikut kesukaan masing-masing
Bila dah sejuk dipotong kecil-kecil kemudian dijemur selama 2 hari
Kemudian bolehla dihidangkan

resepi kopipes dr KZlittleoven...

resepi 11
33gm agar-agar
150gm gula batu
1.2kg gula pasir
Air secukupnya
Pewarna kuning, merah & hijau
Cara-cara
Rendam agar-agar selama 4 jam. Toskan
Sukat agar-agar dengan mangkuk; jika agar-agar semangkuk, pastikan airnya dua mangkuk.
Jerang agar-agar,air,gula batu dan gula pasir. Kacau sekali-sekala hingga tinggal separuh.
Bahagikan tiga dan warnakan secara berasingan. Tuang ke dalam loyang dan biar keras.
Potong agar-agar mengikut suka. Lapik dulang dengan kain jarang dan susun potongan agar-agar di atasnya. Jemur di bawah matahari.
Balik-balikkan agar-agar supaya rata keringkan dan tidak melekat. Bila agar-agar mulai bersaka ( kristal gula yang keputih-putihan) , bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

kopipes dari koleksi Riezanie toke kue muih... tq Zanie

3 comments:

fzi said...

Salam.
Akak dah lama cari resepi nak buat beleda kering ni...tq ya...

secangkir madu merah said...

pernah masuk klas belajar buat agar2 kering ni..oh namanya beleda? first time dengar nama nya begitu...memang sedap tapi tak pernah cuba buat pun..

Abang Putra said...

mama ni kalu bab kuih muih memang hebat. Klahhhh kata orang tranung.