Wednesday, June 8, 2011
Sunday, June 5, 2011
LEMPENG KELAPA
rasanya dulu kat kampung sebelah utara nu... org panggil kuih ni tempek , ada gak yg sebut peknga (tempek kat belanga)ish... buruk benor bunyi nye ye, he he...sedap dimakan ngan sambal tumis, kari dan kalau simanja boleh cicah ngan susu pekat..:)
kali ini mama gandingkan dengan kari ayam berkentang...makan panas-panas memang menyelerakan
kalau ikut mama bahan-bahannya asas nya ialah tepung gandum, kelapa yg agak muda, air, dan garam je ...sukatannya main cekau dan curah je...agak-agak...
cuba gi tengok lempeng CHEF CMG...bahan2nye disukat dah nampak jadi cantik je..
penghargaan: CMG

Sunday, May 29, 2011
TOM YAM IKAN SIAKAP
alahai lamanyer dapur tak berasap...tak berapa sihat...akibat terover dos ngan vitamin 'M' ... beginilah ...segalanya tak menjadi apa -apa pun jom layan tom yam ikan ...
bahan-bahan
1 ekor ikan siakap dibersih dan dipotong
2 mangkuk air
5 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar dihiris
beberapa hiris lengkuas
cili padi ikut tahap kepedasan - diketuk
2 biji tomato - dipotong dadu
4 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
jus dari 2 biji limau nipis
daun ketumbar/daun kesum ~ ikut cirasa
gula - secukup rasa
sedikit kicap ikan
cara-cara:
masukkan air kedalam periuk
masukan bawang putih besarkan api campakkan sekaligus serai, daun limau purut & biarkan menggelegak masukkan ikan
masukan bawang besar dan tomato
kecilkan api masukkan kicap,gula cili padi
tutup api n taburkan potongan daun ketumbar
terus dihidangkan

Tuesday, April 12, 2011
BINGKA LAPIS
kawinkan sajer bingka ubi n bingka tepung beras ermmm sedap jugak he he
bahan-bahan
(A)
1/2 kg ubi yg telah di parut
300 santan kelapa
25 ml jus perahan pandan
150 gm gula pasir
1/2 camca teh garam
1 camca besar butter
cara membuatnya:
campur semua bahan gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata masukan dalam loyang n kukus hingga masak atau boleh saja dikacau atas api hingga pekat baru dipindahkan dalam loyang
(B)
750 ml santan
125 gm gula pasir
125 gm tepung beras
25 gm tepung hoen kue putih (tepung jagung pun ok)
1/4 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
cara-cara
kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
masak adunan hingga pekat berkilat kacau supaya tidak berkerak
lapiskan adunan ke dalam loyang berisi adunan (A)yang siap dikukus/ kacau atas api terlebih dahulu
bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit
sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang
(loyang 8x8x3 inci)

Saturday, March 26, 2011
KLUANG STATION COFFEE
Thursday, March 24, 2011
MURTABAK
intinya
1/2 kg kentang-potong dadu kecil (mama atiq x masukan)
1/2 kg daging lembu @ ayam cincang.
7biji bwg merah,
5bj bwg putih,
sedikit halia muda-ditumbuk
4sudu besar rempah kari daging -dibancuh dgn semangkuk air.
6 biji telur besar
2 biji bawang besar-potong dadu kecil
sepokok daun sup-dihiris
sepokok daun bawang
tumis bahan2 tumbuk hingga wangi,masukkan bancuhan rempah kari, goreng hingga pecah minyak. masukkan daging sedikit air.bila daging, kemudaian masukan kentang biar hingga kentang empuk, bila dan kering sejukkan. campurkan telur,bawang besar cincang, daun sup, daun bawang sebatikan
untuk doh tepung atau anda boleh guna kulit popia
550 gm tepung gandum
250 gm air
1 egg-50gm
3 tbsp susu pekat
1 tsp garam
1 tbsp minyak sapi
1-2 tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
cara-cara
satu kan semua bahan, sebatikan
uli hingga jadi doh
rehatkan doh selama 10min
uli lagi selama 5min
bentuk bulat2 sapu minyak sapi rehatkan lg selama 3jam atau lebih
kibar utk dibentuk bersama inti.
masak atas kuali leper
hidangkan dengan dalca atau acar bawang
sumber: kak besah @ Myresepi ~ terima kasih banyak2
Wednesday, March 23, 2011
ORANGE CUPCAKE
kek ni untuk jamuan hari jadi dak kecil ..tu la yg hias tema katun..
bahan-bahannya
225 gm mentega (lembut)
200 gm gula kaster
4 biji telur
225 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar fresh orange juice
1 sudu parutan kulit orange
kaedah membuatnya
mula-mula putar butter ngan gula sampai kembang
pastu masukkan telur satu-satu, putar sampai kembang dgn high speed
masukkan tepung (ayak ler dulu ye anak2) kaup balikkan rata sambil ..
masukkan jus dan parutan kulit orange, bila dah sebati masukkan dalam acuan pilihan anda dan bakar sampai masak. hias megikut cita rasa anda.

Tuesday, March 22, 2011
KEK CHIFFON PANDAN
Si-hijau yang gebu dan harum menggoda ~ membelai rasa...ahakss.
Sesuatu yg harus diberi perhatian semasa pembikinan kek ini ialah waktu mengasingkan putih & kuning telor,harus sangat berhati2, telor putih harus betul2 bersih tidak boleh bercampur kuning telor sedikit pun.
Mama dapat resepi ni dari blog 'Sinar Kehidupanku' kalau nak resepi yg sedap2 boleh lah ke sana
izinkan mama atiq kopipes ye Pn. Yati...tqvm.
jom layan ...
Bahan-bahan
Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak
Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara
Bahan (A):
1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

Tuesday, March 15, 2011
BREAD BUTTER PUDDING
lagi projek kitar semula ~supaya mengelak pembaziran... apa tidaknya kat rumah mama, sebuku roti tu tak pernah nak habis, bila dah sehari dua dan tak berapa nak segar lagi mama akan bungkus elok2 n simpan dalam petiais, kumpul2 bila dah cukup untuk satu adunan kuih boleh la buat apa2, bingka ke, puding ke atau apa2 kuih berasaskan roti.
resepi puding ni mama kopipes dari blog Chef Liza, pensyarah kat UiTM Penang, teman sekerja Chef Azli yg glemer itu...tapi cara nak buat puding tu tidakla mama ikut betul2 ....roti pun mama rendam je ngan susu dan hancur2kan, buah pala sagat n coklat chip pun mama tak letak sbb takder stok kat dapor mama, apa2 pun masih tetap sedap...laen kali nak ikut betul2 tentu lebih sedap...
terimakasih Chef Liza dan izinkan mama kopipes resepi di sini ye :)
bahan-bahannya -
1 buku roti
1 liter susu segar (kalau tak ada susu tepung pun boleh, tapi perlu dicampurkan dengan air @ santan pun bisa)
4 biji telur
gula secukup rasa
1 tsp.esen vanilla
1 paket buah pala sagat (yang bergula)
sedikit serbuk buah pala
sedikit serbuk kayu manis
kismis secukupnya
choclate chip secukupnya
mentega secukupnya
bahan untuk sos kastad -
500 gm susu segar
2 camb. gula
1 camb. tepung jagung
1 camb. tepung Kastard
sedikit vanilla esen
cara membuatnya -
1. Setiap kepingan roti perlu disapu dengan mentega. Potong tepi roti tersebut.
2. Susun lapisan roti dengan memenuhkannya ke dalam bekas yang telahpun disapu dengan mentega dan
dialaskan dengan kertas minyak.
3. Taburkan atas kepingan roti yang telah siap disusun itu dengan kismis, choc. chip, sedikit serbuk buah
pala, sedikit serbuk kulit kayu manis dan buah pala sagat. Kemudian susun pula lapisan roti yang kedua
di atasnya.
4. Lakukan proses yang sama pada setiap lapisan roti.
5. Lakukan dan ulang proses yang sama sehingga bekas membakar telah dipenuhi 3/4 adunan ini.
6. Susu segar dicampurkan dengan gula dan telur. Kacau sebati.
7. Tuangkan adunan susu ini ke atas adunan roti, sehingga meliputi keseluruhan permukaan roti tersebut.
8. Biarkan 20 minit, dan tuang sedikit lagi adunan susu.
9. Kemudian bakar pada suhu 1800 celcius selama 30 minit atau sehingga masak dengan cara "water bath".
10.Untuk saucenya pula, masukan kesemua bahan dan masak dengan menggunakan api yang perlahan
sehingga adunan menjadi sedikit pekat.
11.Bila puding roti telah masak, biarkan ia pada suhu bilik sehingga sejuk.
12.Keluarkan potong pada size yang diingini, masukkan ke dalam pinggan hidangan curahkan sauce vanilla
dan hiaskan sebelum dimakan.

Monday, March 14, 2011
SOMTAM BUAH-BUAHAN
biasanya dok makan somtam betik je...bila ke Thailand rupa-rupanya buah2an lain pun dibuat somtam
bahan asasnya sama, campurkan saja epal hijau, jambu batu, mangga, dan lain2 buah yg anda suka, hanya jagung je yg perlu direbus dulu...yg lain2 tu yg mentah je...bahan utama yg x boleh tinggal ialah udang kering dan kacang goreng
bahan-bahannya
buah-buahan pilihan dipotong macam nak buat rojak
kacang panjang - potong pendek2
tomato
bwg putih
cili padi
udang kering
kacang tanah
gula khas untuk somtam ada dijual di chowkit [gula kabung pun ok]
jus limau nipis or campuran jus limau nipis
sos ikan (sos nampla)
tumbuk lada, bawang putih udang kering, kacang panjang kasar2 je dan gaulkan dengan yg lain2
Wednesday, March 2, 2011
BUBUR SOM-SOM
kenapa kuih ni dipanggil bubur som-som ye...agaknya dicipta oleh makcik kalsom kot..he he...apa-apa pun kuih ni adalah antara kuih yg paling mama gemari, lemak, manis dan lembut
sumber : Kak Fida MyResepi ~ mama kopipes dari sana
u/p:- Kak Fida guna air pandan tentu lebih harum tp mama hanya guna santan
BAHAN-BAHANNYA :-
100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)~ mama guna 1,700 ml sbb mama tolak air pandan
100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau (opt)
SIRAP GULA MELAKA :-
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

CARA-CARANYA :-
Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis, ketepikan.
Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan berkilat, hingga adunan meletup-letup. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
Sajikan bersama sirap gula melaka.
Monday, February 28, 2011
AYAM MASAK MERAH (2)
sumber : Pn Nani Rostam (tqvm)
bahan-bahan yg kita perlukan
(A)
seekor ayam dipotong 16 digaram kunyitkan dan goreng 1/2 masak
(B) kisar bersama;
3 bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
4 cm lengkuas
5 serai
1 / 2 cm kunyit segar
2 buah keras
(C) kisar berasingan;
100 gm cili kering (buang bijinya dan dicuci)
1cm belacan
100 gm udang kering
(D) bahan untuk sos
garam secukupnya
gula secukupnya
1 kiub pati ayam
2 sdm susu / susu evaporated
2 sdm tomato pure
1 cawan minyak
cara memasak
panaskan 1 cawan minyak tumis (A) hingga harum dan tambah (B) sampai harum dan naik minyak.
campur bahan (D) masak lagi hingga naik minyak masukkan ayam dan masak hingga sebati dalam api yang perlahan selama 10 minit. hidangkan dengan nasi putih atau nasi briyani.
Sunday, February 27, 2011
DADAR TELOR TAUHU BERSOS KACANG
bahan-bahan yang kita perlukan
2 keping tauhu goreng dipotong kiub
4 biji telor - dipukul sikit
garam secukup rasa
serbuk lada sulah
4 sudu besar minyak masak
campur semua bahan dan dadarkan, semasa menghidang taburkan sayur2an dan sos kacang
sos kacang
2 cili padi ~ nak berasap letak lebih
1/2 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak
3 - 4 camca besar gula melaka
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus asam jawa
sedikit ~ hujung sudu petis
bawang putih goreng (dari seulas dua bawang putih hiris & goreng)
bahan sampingan
taugeh celur, sengkuang, timun & daun salad, bawang goreng
tumbuk kacang dahulu, pastu tumbuk cili dan sebatikan semua dengan jus asam jawa.
semasa menghidang ~ tabur bahan sampingan
Saturday, February 26, 2011
PARU GORENG BELADO
kata orang organ2 dalaman ni tak begitu elok ~ dah digemari nak wat camno? sekali-sekala bolehlah no...
bahan-bahan dan peraturan memasaknya
1 kg paru dipotong2 cuci, rebus dengan 5 helai daun salam, 1/2 sudu teh garam dan air secukupnya hingga empok ~ sejukkan baru dihiris nipis dan goreng dengan minyak yg banyak hingga kering.
8 - 10 tangkai lada merah dikisar kering ~ kasar2 je
7 ulas bawang putih dicincang
3 biji limau kasturi ~ ambil jusnya sahaja
1 cawan minyak untuk menumis
2 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
1 sudu teh garam
panaskan minyak ~ tumis bawang putih cincang
masukkan lada merah kisar ~ goreng hingga naik bau
masukan gula dan garam ~ kacau sebati
akhir sekali masukan jus limau dan paru goreng, masak hingga untuk beberapa minit.
Wednesday, February 23, 2011
ROCKY ROAD CUPCAKES
kek ni kaya dengan rasa coklat, sarat dengan kekacang
dulu-dulu nak makan marshmallow tak berani ~ was-was sgt kerana bahan gelatin yg tak tahu halal ke tidak tp sekarang ni kat pasaraya dah ada marshmallow yg halal jd tak ade masalah.
resepi ni x ingat dah dpt kat mana cuma ingat dr. website mat salleh ~ mama kopipes n simpan dlm fail n hentam je guna ~ resepi ni bukan resepi cupcakes tp dah mama bakar dalam papercup jadilah dia cupcakes ...boleh je guna coklat chip dan pelbagai kekacang dan hiaskan dgn lelehan coklat atau karamel sos
mama tak letak pun serbuk kulit kayu manis tu, rasa coklatnyer pun dan cukup.
resepi yg jadi panduan ;
225g plain flour
1 tsp baking powder
50g cocoa
1 tsp cinnamon
150g unsalted butter
150g salted peanuts, or walnut pieces
300g dark chocolate, chopped
390g tin condensed milk
100g mini or chopped marshmallows
Mix the flour, baking powder, cocoa and cinnamon in a bowl, and rub in half the butter. Add the nuts and roughly 100g of the chocolate, then stir in 300g condensed milk and mix to a firm, sticky dough. Heat the oven to 200C (180C fan-assisted)/400F/gas mark 6. Line a tray with nonstick baking parchment or foil, spoon on golf ball-sized dollops of the dough, then slightly flatten the top of each with the back of the spoon. Bake for 15 minutes until lightly coloured, then leave to cool down.
Melt the remaining chocolate and butter, add the reserved condensed milk and 50ml boiling water, and beat until smooth and creamy. Leave until warm, then stir in the marshmallows and spoon a little on each of the rock cakes, so they look like mini volcanos. Chill to set the chocolate, then return to room temperature to serve.

Sunday, February 20, 2011
KEK BELANG
kecuali lelaki hidung belang mama suka sangat yang belang2, sangat suka tengok kuda belang ~ cantik la ....jadi sudah tentu la suka dgn kek ni...:)
bahan-bahannya
5 biji telur
11/2 cawan gula kaster
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak / minyak jagung / butter cair ( pilih aja la)
1 cawan air
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan serbuk koko
2 sudu baking powder
peraturan:
1. pisahkan kuning telor, pukul putih telor sambil dimasukan gula hingga pekat, tambah telor kuning satu persatu
2. kurangkan kelajuan mixer dan secara sedikit2 tambah 21/2 cawan tepung yg diayak dengan baking powder. teruskan mengacau, bergilir2 tambah minyak dan air.
3. bahagi adunan menjadi dua bahagian ~ satu campur 3 sudu makan koko dan 3 sudu makan tepung di bahagian kedua.
4. olesi loyang bulat 26cm dgn butter atau marjerin dan taburi tepung . tuang bertindih adunan koko dan adunan biasa bakar selama lebih kurang sejam pada 180 ° C.
SUMBER : MINAH POLAND

Sunday, February 13, 2011
AYAM MASAK PADANG
bahan yang diperlukan :
1 ekor ayam potong kecil
2 bawang besar sederhana ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering yg telah dikisar
1 inci halia ditumbuk
1/2 inci lengkuas ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
3 batang serai dititik
Santan kelapa dari sebiji kelapa
5-6 helai daun limau purut
tumis semua bahan kisar bersama dengan serai sehingga naik bau. Lepas tu masukkan ayam dan sedikit air, renehkan sampai ayam kecut. Kemudian bila ayam dah agak kecut, masukkan santan. Kacau-kacau dan masukkan daun limau purut. Kacau sehingga kuah masak.
sumber : Chef Hanieliza ~ terima kasih
Sunday, February 6, 2011
BELEBAT UBI STELA
belebat = lepat
ubi stela = ubi keledek
bahan-bahan
160gm tepung beras
200 gm gula
125 gm ubi stela ungu dipotong kiub kecil
125 gm ubi stela oren dipotong kiub kecil
3 biji pisang emas masak di lecek kasar
800ml santan
1/2 sudu teh garam halus
daun pisang secukupnya di layur dahulu
cara-cara :
1. rebus ubi keledek sekejap ditos airnya ~ ketepikan.
2. campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula dan tapis
3. masak adunan yg ditapis hingga pekat ~ jaga api & kacau selalu ~ campur ubi & pisang
4. ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang yang telah dipotong mengikut saiz yang dikehendaki ~ comel kalau dibungkus kecil
5.kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.

Saturday, January 29, 2011
MENU HOSPITAL
yum! yum! ini adalah salah satu hidangan makan malam mama semasa tengah dirawat di PMC Cheras...
nun yg kat ujung sana tu jiran mama yang mungkin tak sanggup nak tengok hidangan yg dia dapat ...padahal dia sendiri yang pilih menu tuh...atau dia mungkin dok berlatih nak jd hantu apa...di kelahiran ke-2 nanti ala mcm dlm filem mengikut kepercayaan dorang la... tak mungkin dia nak jd hantu mak limah hik hik
u.p. sekarang mama masih dirawat doakan mama ye nanti mama janji dapur akan berasap dengan resepi2 gempak selepas mama sembuh ( ye lah tuh) InsyaAllah
ish boringnyer seb baik spital ni ada wifi selain leh hapdet fb leh layan citer korea...dan ari nih leh hapdet blog yg usang ini ...ahakss

Thursday, January 13, 2011
APAM BERAS
mudah je nak sediakan apam ni x payah nak buat tapai n nak guna eno
resepi sumbangan Cha@MyResepi....kopipes dr sana terimakasih :)
resepi sumbangan Cha@MyResepi....kopipes dr sana terimakasih :)
- 2 cwn nasi
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 cwn brown sugar (mama x letak)
- 3/4 cwn gula (mama tambah ganti brown sugar)
- 2 1/2 cwn air
- 1 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
- blend nasi dan air sehingga hancur.
- setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- perap selama 3 jam.
- masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.