Saturday, February 26, 2011
PARU GORENG BELADO
kata orang organ2 dalaman ni tak begitu elok ~ dah digemari nak wat camno? sekali-sekala bolehlah no...
bahan-bahan dan peraturan memasaknya
1 kg paru dipotong2 cuci, rebus dengan 5 helai daun salam, 1/2 sudu teh garam dan air secukupnya hingga empok ~ sejukkan baru dihiris nipis dan goreng dengan minyak yg banyak hingga kering.
8 - 10 tangkai lada merah dikisar kering ~ kasar2 je
7 ulas bawang putih dicincang
3 biji limau kasturi ~ ambil jusnya sahaja
1 cawan minyak untuk menumis
2 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
1 sudu teh garam
panaskan minyak ~ tumis bawang putih cincang
masukkan lada merah kisar ~ goreng hingga naik bau
masukan gula dan garam ~ kacau sebati
akhir sekali masukan jus limau dan paru goreng, masak hingga untuk beberapa minit.
sedap ni nieza suka la...lama dh tak mkn ni..terliurla pula.
ReplyDeleteTgk paru...terliur dahhhh....lama gak tak makan ni paru belado style..memangla sedap..
ReplyDeleteNieza : kat Findland susah nak dpt ke?
ReplyDeleteYat : pekena ngan nasik lomak best kan?
Wah Mama Atiq, Maklong suka sgt paru tp kat sini jarang dapat
ReplyDeletemak long: nanti balik m'sia mak long boleh makan puas2...
ReplyDelete