Friday, October 15, 2010

FRUIT PASTRY CAKE

suka kek ni ~ dok atas meja nampak meriah...

sebelum masuk oben

sumber  : RIMA (tq)
hai la, bila agaknya nak pandai buat kek secantik kek RIMA

bahan-bahan

100g mentega (suhu bilik)
200g gula caster (ikut rima kurang menjadi 180g)
Sour cream 50g (2 sdm) ikut rima guna yogurt rendah lemak)
3 biji telur, pukul sebentar
1 sdt ekstrak Vanilla
1 sdt kulit lemon
210g tepung gandum - diayak
1 sdt baking powder (guna baking powder double acting)
500g buah2an + 2 sdm gula
( boleh menggunakan strawberi, blueberry, pisang, epal, nanas,prune atau buah-buahan lain yang tidak terlalu juicy.) -

peraturan

- cuci, potong buah2an toskan, gaul dengan gula (jika dikehendaki) dan ketepikan. (jika menggunakan buah tin, cuci buah untuk membuang sirap, menghilangkan gula).
- olesi dengan mentega dan tepung pada acuan 9" bulat atau 8" persegi dan alas dasar dengan kertas
- krimkan mentega, gula dan krim asam sampai ringan dan mengembang.
- masukan telur sedikit2 ke dalam adunan sambil terus dipukul. (adunan terlihat sedikit mengental)
- tambah vanila ekstrak dan parutan kulit lemon
- masukan tepung gandum dan baking powder dan terus dikrim adunan dengan mixer sampai sebati. tuang adunan ke dalam loyang dan tabur buah2an
- jangan tekan buah ke dalam adunan. hias buah-buahan mengikut citarasa
- bakar dalam oven pada suhu 180C selama 60-70mins. ~ tutup bahagian atas dengan foil dalam 15 minit terakhir baking untuk mengelakkan bahagian atas hangus
- biarkan kek sejuk di acuan untuk sekitar 5-10 minit. Unmold dan transfer ke redai dan biarkan sejuk sepenuhnya.
-jika mahu debukan kek dengan sedikit gula icing atau snow powder

No comments:

Post a Comment