Monday, August 30, 2010

GULAI IKAN TALANG KERING/MASIN TUMIS DARAT

menggulai ikan kering membuatkan mama terkenang semasa dulu...hu.. hu mau nyer tidak seawal umur 9 tahun mama dah diajar menggiling rempah...famili mama berasal dr penang jd menggunakan batu giling adalah perkara biasa...rempah serbuk paket tu tak main la hik hik ...teringat sgt kalau rempah giling tak lumat halus memang tangan kena ketuk ngan senduk he he...selepas kawin memang kat umah mama ada batu giling yg comel tp akibat letak kat luar di belakang dapur batu giling tu dah dikebas orang...memang pelik ada gak org berkenan kat batu giling tu zaman ni batu giling ada dijual ke ntah kalau ada pun mungkin kat kedai barangan antik.. sekarang mama terpaksa guna blender tp rempah kasar je tak sehalus rempah giling...

bahan-bahan

(A)
500 gm ikan talang kering ...sedap kalau campur tulang/kepala ikan di rendam sekejab dan bersih kan
1/2 biji nenas atau terung

(B)
10 biji cili kering
2 sudu besar ketumbar biji
1 1/2 sudu besar jintan manis
sedikit kunyit (dulu2 guna kunyit kering beli kedai india)
3 mangkok santan
6 ulas bawang merah (kecil)

(C)
6 ulas bawang merah dihiris
beberapa helai daun kari
halba campur ( optional)
sedikit minyak masak

cara-cara

giling / kisar (B) hingga halus
masukan rempah kisar dalam periuk masak (tanpa minyak) bersama nenas yg dipotong
masak hingga sebati dan masukan ikan masak sekejab lg ...agak2 kering air baru masukan santan ... kalau guna terung masukan selepas santan didih ...rasa dulu kalau dah masin tak perlu tambah garam
bila dah cukup mendidih angkat dari api dan ketepikan
dalam periuk lain tumis bahan (C) hingga bawang garing dan wangi dan cepat2 curahkan dalam periuk gulai ...tutup periuk untuk memerangkap bau harum bawang yg digoreng

huh! pekena ngan nasi panas2 ... mertua lalu jgnkan nak pelawa nampak pun tidak...he he jangan ikut perpatah melayu lama ni...kalau ikut memang anak hantu ...bukan anak menantu!


ketumbar
jintan manis / kasar
halba campur


No comments:

Post a Comment