Thursday, December 10, 2009

LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN

Tukar selera ke barat la pulok...
rasanya ramai dah cuba ayam panggang nih jadi layan ajelah....

yang kat atas tu bakar garing dan nampak elok sket kalau ikat kakinya sebelum dipanggang tak lah gelebeh2
yang kat bawah plak kurang garing dan kakinya tak diikat ...seksi meksi la plak ayam ni, eloklah dipanggang garing lg wangi dan sedap
lemon direbus sekejab dicucuk2 dengan garfu dan disumbat dalam perut ayam
Hidangkan dengan sos kegemaran...mama guna sos black pepper & sos cili

jemput rasa semua...

Bahan-bahannya
1 ekor ayam sederhana
2 biji lemon (mama guna sebiji saja)
3 sudu makan rosemarry
3 ulas bawang putih (mama guna 5 ulas)
3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
kentang, dipotong dadu
karot, dipotong ikut suka
bawang, dipotong baji
(mama tambah sedikit madu dan kicap manis)

Cara-caranya
1. Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.
2. Selepas itu ambil lemon yang telah direbus tadi dan cucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya dapat keluar bila ayam dibakar dan sumbatkan lemon tersebut didalam ayam tadi.
3. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian D masukkan rosemary bersama minyak zaitun, garam dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
4. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.
cengginila ropa ayam sebelum masuk oven

5. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak.
6. Kentang dan karot rebus sehingga ia empuk. Pada 10 minit waktu akhir membakar ayam, masukkan kentang, karot dan bawang dan susun dalam loyang ayam dan sambung bakar selama 10 minit terakhir sehingga ayam pun menguning.

Nota: masukkan kentang, karot dan bawang pada waktu akhir masa membakar ayam supaya ia tidak terlalu kering dan kentang pun berwarna kekuningan lawa gitu jika nak dihidangkan. rasanya 1 biji lemon telah mencukupi untuk disumbat kedalam ayam. Lemon yang direbus terlebih dahulu, dapat mengeluarkan jus yang lebih banyak kalau kita cucuk dengan garfu jusnya semua terkeluar, jangan dibuang boleh siramkan kedalam perut ayam.

Mama angkut resepi ni dari blog Diana..setinggi2 penghargaan buat Diana dll yg ada kaitan

No comments:

Post a Comment