Wednesday, December 9, 2009

DAGING DENDENG

Hasil skodeng rumah UMMI ... biar pun remeh tp berbaloi...memang menetapi citarasa


Kopipes terus dari rumah ummi ...terimakasih byk kerana sudi berkongsi resepi

Bahan:-
1 kilo daging fresh

Daging dipotong besar2 dulu, rebus dan toskan. Kemudian potong kecil dan nipis. Tumbuk2 daging.

cenggini le rupa daging yg mama dah tumbuk keletung kelentang
Setelah siap menggoreng bawang, gunakan minyak bawang untuk menggoreng daging yang telah ditumbuk)

20 - 25 tangkai cili kering ] kisar
20 biji bawang merah ] bersama
1 cawan hirisan gula melaka
1/4 cawan air asam jawa pekat
3 sudu besar kicap pekat manis
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
1 kilo bawang merah - buat bawang goreng

Cara Membuat:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili dan bawang kisar. Masak hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan gula melaka, kicap, air asam jawa dan garam. Seimbangkan rasa. Masak hingga kering sikit dan naik minyak lagi, baru masukkan daging tadi. Kacau rata. Tutup api dan masukkan bawang goreng dan kacau rata. Sedap dimakan dengan lemang/pulut/nasi/roti.

Ta daaaaaaaaa siappp!


No comments:

Post a Comment