Friday, November 20, 2009

AYAM MASAK MERAH

gandingan mantap nasi minyak, nasi beriani yg sangat popular kat majlis kenduri


resepi mrs shieza kat MyResepi, kopipes je ni terima kasih banyak kerana sudi berkongsi

bahan-bahannya
1 ekor ayam (dipotong,dibersihkan dan digoreng)
cili mesin(cili kering yang telah dimesin bersama bawang putih dan bawang merah..sy guna lbih kurg dlm 2@3 senduk nasi)

1/2 botol sos tomato (sy guna Aminah Hassan..lbih sedap) klu suke rase tomato lbih leh letak lebih
bahan utk menumis:
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 ulas bawang kecil (ditumbuk kasar)
1 inch halia (diketuk)
2 btg serai (diketuk)
1 kulit kayu manis
1 sudu kecil buah pelaga
sedikit gula dan garam
sdikit daun bawang ditabur utk hiasan
Minyak utk menumis
1 cawan air (utk kuah)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
buah tomato atau nenas (optional klu suke)

Cara-cara

Mula2 ayam td di goreng dahulu. Setelah abis digoreng, ketepikan.
Tumis bawang putih,bawang merah dan halia. Klu nk lg sedap,gunakan minyak yg digunakan utk menggoreng ayam td.
Bila dah wangi , masukkan cili mesin tadi dan kacau. Kemudian, masukkan serai, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan sehingga cili garing.
Setelah cili garing, masukkan air dan kacau. Kalau suke kuah lebih, bolehla ditambah lg 1 cawan air. Kacau sekejap. Kemudian masukkan sos tomato tadi. Kacau hingga pekat. Kemudian masukkan gula dan garam. Agak2 la yer..ikut sedap..
Bila dah pekat, masukkan bawang besar yg dihiris td. Kemudian masukkn ayam goreng tadi. Kalau suke, boleh jugak masukkan nenas atau buah tomato. Kacau hingga ayam sebati bersama kuah.

No comments:

Post a Comment