Thursday, July 16, 2009

SARDIN ROLL


bahan-bahan untuk pastri
200 gm tepung gandum
100 gm butter
1/8 gm garam
2 tbsp air sejuk

tepung dan garam disatukan masukkan butter gaul dengan ujung jari menjadi serbuk
masukkan air sejuk dan uli sebati. rehatkan lebih kurang 1/2 jam barulah digunakan
canai dan potong mengikut saiz yg dikehendaki masukkan inti gulung dan kelar seperti gambar diatas sapu telor dan bakar hingga masak

bahan-bahan inti
1 tin kecil sardin dibuang sosnya dan hancurkan
2 biji bawang besar dipotong dadu kecil
2 ulas bawang nipis dipotong nipis
1 tbsp cili kisar
2 tbsp minyak masak
1 tbsp air limau nipis
sedikit daun sop dan daun bawang
garam dan sedikit gula jika suka

panaskan minyak, tumis bawang putih masukkan cili kisar bila dan wangi masukkan sardin, air limau kacau masukkan bawang besar daun sop dan daun bawang inti ini biar agak kering

untuk di sapu atas pastri
1 biji telor
1 tbsp susu cair
dipukul sedikit

1 comment:

blogresipi said...

Sardin roll nie kalau kat kedai mahal juge.. satu hengget berapa ketui jer... buat sendirik boleh mkn manyak2..betul tak mama?hehe