Friday, June 19, 2009

KEK LAPIS SELENDANG SUTERA

Hai rasa nak makan kek lapis la pulok!...manis dan lemak berkrim ni, makan sket2 & sekali- sekala ok kot ... kalau ngap seloyang dan selalu2.... kena potong kaki haru!!...nak buat bukan main leceh nak ngap sekejab jer jd faham2 lah kalau kek lapis ni mahal harganya


bahan-bahannya

15 biji telor (sejuk)
500 gm butter (2 bar, org serawak guna cap tong)
80 gm tepung aiskrim vanilla
1 tin kecil susu pekat (397gm)
280 gm gula castor
400 gm tepung high ratio/ superfine
1 sudu teh baking powder (ayak dengan tepung)
1 sudu teh ovalet (sejuk)
1/4 sudu teh cream of tar-tar
2 sudu besar buttermilk / vanilla
1 botol jem nenas (utk sapu setiap lapis,akan rasa manis jd x letak pun tak pe gunakan utk pelekat saja)
4 jenis pewarna yg disukai...selendang awk kan! sukati awk la ! (boleh guna kuning ijau & merah biru) atau (merah kuning & ijau purple)
acuan 8 1/2 x 8 1/2 (alas kertas guna dua acuan)

cara-cara

asingkan putih telor lalu dipukul dengan gula n cream of tar-tar sampai kembang ( soft peak) baru masukkan kuning telor sedikit2
dalam mangkok lain pukul butter n susu hingga putih licin n campur tepung aiskrim
masukan tepung separuh2 slow speed masukan ovalet pukul laju n masukkan adunan telor n masukkan buttermilk kacau kuar balikkan sebati, sediakan 4 mangkok ambil adunan 6 senduk sahaja untuk 1 mangkok n warnakan ( 1 mangkok 1 warna)
bakinya disimpan utk layer atas n bawah (biar warna asal ) ketepikan dan tutup dulu adunan plain ni dgn plastik mengelak berbublbe
setiap lapis 2 sendok n bakar - bila masak sapu tipis saja jem (manis gile x mau x per) ulang proses berselang seli hinggga 6 lapis (satu warna ada 3 lapis) lapis pertama guna api atas bawah 160 c, lepas tu baru guna grill (pintu oven renggangkan masa mengrill)
bila dah sejuk potong sama besar guna pembaris 3/4 in, adunan yg baki dan warna plain td di bahagi 2 (1 utk lapisan bawah n 1 lg utk lapisan atas) dan bakar lapisan bawah 5 @ 6 lapis selesai sahaja sapu sedikit adunan utk pelekat pastu susun kek bercorak (guna jem sebagai pelekat) selesai menyusun corak ( boleh susun corak 1 menegak dan 1 telentang pun cantik gak).. mula melapis bahagian atas pula juga dapat 5 @ 6 lapis...untuk layer terakhir guna api atas n bawah sahaja

2 comments:

  1. aiyo mama seksanya nak buat kek ni. Elok2 berselera nak makan kek lapis, nak tunggu siap punya pasal habis punah napsu! Hehe. Jawabnya beli jo lah!

    ReplyDelete
  2. fullamak lapisan tu! kemassssssss aje...nak makan pun sayang ni!!!

    ReplyDelete