Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

 

merdeka ! merdeka! mau duit ka? merdeka ! hik hik

Monday, August 30, 2010

GULAI IKAN TALANG KERING/MASIN TUMIS DARAT

menggulai ikan kering membuatkan mama terkenang semasa dulu...hu.. hu mau nyer tidak seawal umur 9 tahun mama dah diajar menggiling rempah...famili mama berasal dr penang jd menggunakan batu giling adalah perkara biasa...rempah serbuk paket tu tak main la hik hik ...teringat sgt kalau rempah giling tak lumat halus memang tangan kena ketuk ngan senduk he he...selepas kawin memang kat umah mama ada batu giling yg comel tp akibat letak kat luar di belakang dapur batu giling tu dah dikebas orang...memang pelik ada gak org berkenan kat batu giling tu zaman ni batu giling ada dijual ke ntah kalau ada pun mungkin kat kedai barangan antik.. sekarang mama terpaksa guna blender tp rempah kasar je tak sehalus rempah giling...

bahan-bahan

(A)
500 gm ikan talang kering ...sedap kalau campur tulang/kepala ikan di rendam sekejab dan bersih kan
1/2 biji nenas atau terung

(B)
10 biji cili kering
2 sudu besar ketumbar biji
1 1/2 sudu besar jintan manis
sedikit kunyit (dulu2 guna kunyit kering beli kedai india)
3 mangkok santan
6 ulas bawang merah (kecil)

(C)
6 ulas bawang merah dihiris
beberapa helai daun kari
halba campur ( optional)
sedikit minyak masak

cara-cara

giling / kisar (B) hingga halus
masukan rempah kisar dalam periuk masak (tanpa minyak) bersama nenas yg dipotong
masak hingga sebati dan masukan ikan masak sekejab lg ...agak2 kering air baru masukan santan ... kalau guna terung masukan selepas santan didih ...rasa dulu kalau dah masin tak perlu tambah garam
bila dah cukup mendidih angkat dari api dan ketepikan
dalam periuk lain tumis bahan (C) hingga bawang garing dan wangi dan cepat2 curahkan dalam periuk gulai ...tutup periuk untuk memerangkap bau harum bawang yg digoreng

huh! pekena ngan nasi panas2 ... mertua lalu jgnkan nak pelawa nampak pun tidak...he he jangan ikut perpatah melayu lama ni...kalau ikut memang anak hantu ...bukan anak menantu!


ketumbar
jintan manis / kasar
halba campur


Friday, August 27, 2010

DAGING NASI KANDAR



senang je masak lauk ni campak semua dalam kuali renih sampai daging empok ...umppp memang terasala kekandaq-an nyer itu..
sumber cikgu Nor Pishah, oghang Tanjung (Penang) yang selalu dok mengajar kat Bake With Yen dia juga pemilik Nor Cooking Centre di Plaza Dwi Tasik, Cheras

bahan-bahannya

600 gm daging lembu potong lebar (2 in)
300 gm bawang besar hiris bulat-bulat
2 tbsp cili serbuk
5 tbsp serbuk ketumbar
4 batang serai diketuk
2 keping asam keping
1 cawan minyak
2 mangkuk air
1/2 cawan daun kari


bahan untuk digiling/kisar

1 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
bahan perasa seperti garam & gula dan sebagainya
(mama atiq tambah kiub daging & kicap manis utk dptkan warna yg agak gelap)

cara-cara

campur semua bahan di atas, masak hingga pekat dan naik minyak.
selain nasi putih sgt sesuai digandingkan dengan nasi minyak & beriani


GULAI LENGKUAS UDANG

gulai stail kelate, alamak dah uplod pic baru pasan comotnya pinggan ~ kalau rimas ambil tisu lap ajala pinggan tu ye... he he

bahan-bahannya

500 gm udang
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
5 tangkai cili kering( direndam dengan air panas)
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
beberapa batang kacang panjang, boleh juga dimasukkan timun
3 biji cili merah
1 biji tomato dibelah empat
garam secukup rasa
orang kelantan mesti letak gula he he

cara penyediaan
lengkuas,kunyit, cili kering, bawang merah & putih dikisar halus
masukkan ke dalam periuk bersama santan & asam keping, guna api yang sederhana bila mendidih masukkan kacang panjang biarkan seketika baru masukkan udang
akhir sekali masukkan cili merah/hijau yg dibelah


Tuesday, August 24, 2010

WANTAN GORENG

Leka kalau makan nih nak plak kalau beramai-ramai ..

bahan-bahan
300gm isi udang/ayam/ikan
1 sudu besar tepung jagung
70 gram sengkuang cina didadu kecil2
70 gram karot didadu kecil2
daun sup & daun bawang dihiris halus
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar tepung jagung
gula & garam secukup rasa
beberapa titis minyak bijan (optional)
sedikit serbuk lada sulah
kulit wantan secukupnya
sedikit tepung + air untuk melekatkan wantan.
minyak untuk menggoreng

cara-cara


sebatikan bahan dalam mangkuk. perap sekejab
isikan pes dalam kulit wantan, bentuk ikut suka, & lekatkan tepung yg di + air
goreng dalam minyk yg byk hingga garing keemasan
hidangkan dengan sos cili

Monday, August 23, 2010

DAGING KETUK

bertemu lagi dalam rancangan ketuk-ketuk ramadhon...hari ni resepi kita agak klasik ye puan-puan...maklumlah resepi ni diperturunkan oleh arwah nenek mertua kesayangan mama hu hu.. ranggup & sgt membangkitkan selera..sgt sesuai dijadikan juadah sahur, daging yg diketuk digoreng garing, pastu goreng bawang kecil, ketumbar biji & cili kering


pilih daging lembu tempatan yg segar (yg import dr India tu sebenarnya daging kerbau!)
potong besar jugaklah tp ikut urat ye jgn melintang, jgn cuci atau kena air dulu pastu gaul garam kasar ( arwah nenek mama guna garam kasar) tp mama guna garam halus je kemudian perapkan semalaman atau sekurang 4 jam baru lah dicuci bersih & dijemur ~ mula-mula mama cucuk daging tu kat dawai & ikat cam ampaian ~ lebih kurang macam jemur kain
paling penting cuaca mesti panas terik kalau tidak daging akan bercendawan, kalau kuar cendawan butang sedap gak wat sayur he he , bila dah agak kering baru pindahkan ke nyiru mcm dlm gambar di atas ~ jemur lg sampai kering 2-3 hari jugaklah
bila kering daging tu dibakar guna bara api / grill, mama guna kuali leper je pastu baru di ketuk2 ~ rupanya macam gambar dibawah sampai tahap ni daging boleh di simpan utk kegunaan bila2 masa ~ kalau dulu semasa nenek mertua mama masih ada bulan ramadan gini mesti terima parcel dr kampung yg berisi daging ketuk yg dah siap, serondeng dll ~ u hu sedih nyer...moga Allah cucuri rahmat ke atasnya juga ke atas insan lain yg telah pergi....



sekian ye puan2 ketuk-ketuk ramadan utk hari ni, bertemu lg disiaran akan dtg. cuba yg jgn tak cuba...he he

penghargaan buat arwah nenek mertua kesyangan, moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya

Sunday, August 22, 2010

SOLOK IKAN


resepi solok ikan ni lebih kurang macam solok lada juga cuma kalau suka tambahkan sikit hirisan daun kesum, hirisan cili merah & bawang besar bezanya ia di goreng ~ pesnya yg telah siap tu pula kalau kita bungkus daun pisang & bakar rasanya cam satar gitu...mama suka !!

pilih ikan kembung yg segar, dibelah belakang & dibersihkan, picit2 siket supaya ikan tu lembut kemudian patahkan tulangnya keluarkan & kikis isinya harus cermat kalau tak nanti terkoyak pulak kulitnya tp kalau dah hancor ko kerjakan jangan riso bentukkan saja cam nugget dan goreng hik! hik! setelah pes ikan siap dengan ramuannya sumbat balik dalam perot ikan & bentukkan balik elok2 .. goreng dengan api sederhana...
resepi gi semak resepi solok lada yer... sekian terima kasih


Saturday, August 21, 2010

LOPES SEGI TIGA



teruja sungguh nengok lopes Kak Rusnah aduh! duh! mana tahan!
bln. posa nak ngetik kibod pun x larat jd Kak Rusnah minta izin kopipes ye!

bahan-bahan

1 1/2 cwn beras pulut yang direndam terlebih dahulu
1 1/2 - 2 cwn air jus pandan
1 sk air kapur
sedikit pewarna hijau epal
Semuanya ditanak dengan api sederhana sampai kering dan separuh masak.
Balut berbentuk segitiga dan disusun tiga kemudian diikat.Kukuslah lebih kurang 40 minit.
Bila sejuk golekkan ke dalam kelapa parut putih yang dicampur sedikit garam dan dihidangkan dengan air gula merah/gula melaka.....enaknya.


penghargaan buat Kak Rusnah


Friday, August 20, 2010

SOLOK LADA

tak ada cili biasa, mama atiq hentam je cili benggala hik! hik !


macam nilah solok lada yg sebenar gambar ni mama atiq kopipes kat saji online


ada orang bakar dulu ikan baru ambil isinya tp mama lebih suka yg mentah sbb solok akan menjadi lebih pejal
ada orang tak letak serai & halia cuma guna bawang merah & bawang putih ada orang tak letak lada hitam tapi mama suka ngan rasa halia & serai dn suka ngan lada hitam

bahan-bahan

cili secukupnya

kelapa parut yg putih saje ye agak2 lah mama guna dua genggam
5-6 ekor ikan kembung dikikis ambil isinya (lagi bk isi ikan lg sedap)
2 batang serai
sedikit halia
5 ulas bawang merah
santan cair secukupnya (cukup untuk merebus solok)
sedikit lada hitam
garam dan gula

* mama suka tambah sedikit kelapa goreng ~ wangi jadinye

cara-caranya

halia, bawang merah, serai, lada hitam ditumbuk lumat, masukkan isi ikan yang telah dibuang tulang kelapa parut garam & gula ~ gaul sebati

cili dibelah sebelah jgn putus & buang bijinya masukkan pes yg telah siap kedalam cili biar penuh

susun ke dalam periuk ,tuangkan santan cair panaskan di atas api sederhana besar hingga masak ~ santan agak kering

penghargaan utk saji online


Wednesday, August 18, 2010

NASI KERABU


setelah 8 hari inilah juadah pertama yang mama dpt sediakan utk berbuka puasa Ramadan 1431~ dah seminggu asyik kerja je...:(
walau pun berasal dr utara mama atiq memang gemarkan makanan sebelah2 pantai timur ~ kejayaan besar baba mengkelantankan mama he he ~ lg pun nak mengambil hati mertua dan ipar duai jd kenalah tahu yg mereka sukai ~ akhirnya mama yg lebih kelantan dari baba....:)

nasi
2 cawan beras
1 btg serai-ketuk
sehelai daun limau purut dicarik2
sehelai daun pandan dicarik
setangkai daun kesum
sedikir kunyit ditumbuk dan ambil airnya

bersihkan beras & campur dengan bahan2 di atas & tanak nasi seperti menanak nasi biasa kalau x nak berwarna kuning blend bahan2 diatas & tapis boleh guna bunga telang utk membirukannya

sambal tumis
1 biji bawang besar atau 10 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 batang serai diketuk
10 biji cili kering-gunting,basuh dan rendma dlm air panas sekejap
1 cawan santan pekat
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
1/4 cawan budu kalau x suka boleh guna sedikit belacan
1 keping asam keping
gula gerek / gula mela atau gula pasir pun ok
cara-cara
kisar bawang merah,bawang putih,cili kering,kunyit dan halia dengan sedikit air.
cara (A)
panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga garing.Kemudian masukkan santan pekat,asam keping, serai ketuk dan budu.
tambahkan sedikit air dan gula
cara (B) masak santan hingga pecah minyak baru masukan bahan kisar dll masak hingga terbit minyak

sambal ikan
3 ekor ikan kembung-saiz sederhana
1 cawan kelapa parut putih
5-6 ulas bawang merah
2 batang serai-mayang halus
1/2 inci halia
garam, sedikit lada hitam
gula
cara-cara
bersihkan ikan, bakar sehingga masak isinya & tumbuk dalam lesung.
kelapa parut digoreng tanpa minyak, jgn terlalu garing & tumbuk jgn sampai macam kerisik
tumbuk bawang merah,halia & serai, lada hitam
campurkan semua bahan-ikan,kelapa parut goreng dan campuran bawang ,halia dan serai.Gaul rata.Imbangi rasa masin & manisnya dengan garam & gula kalau nak tahan lama gorengkan sekejab dalam kuali

ulam-ulam
daun kesum
timun
kobis
serai
bunga kantan
taugeh
mayang halus kesemua ulam,kecuali taugeh.

lauk pauk sampingan
telur masin
ikan goreng celup tepung
lada jeruk, bawang putih jeruk
keropok
ayam goreng, udang dan ketam celup tepung
daging bakar
solok lada

NIKMATNYA BERBUKA PUASA

hanya orang yang berpuasa tahu betapa nikmatnya berbuka...syukur Alhamdullillah kerana kita antara yg dpt merasakan nikmat itu...betapa bahagianya dpt menyediakan juadah & berbuka bersama-sama keluarga ~ memang nikmatnya berganda...mama atiq pula kerana tuntutan kerja dah seminggu terpaksa berbuka di opis dan baba pula terpaksa berbuka di luar kerana mama tak sempat menyediakan juadah utknya ...dah nasib..huk huk :(
apa pun berbuka di opis tidaklah menyedihkan kerana ramai lg yg mengalami nasib yg sama kalau sedih pun buat derk ajalah...lg pun mcm kat opis mama ni kalau nak berterawih pun memang ada masjid ...pandai2 ejas masa...dan kerja bukan alasan....

rakan setugas pun kira macam keluarga juga
antara juadah...x ingat dah hari ke berapa
tetap ceria

tetap berselera
dah tak cukup meja....kes lambat dtg..kerana ada kerja yg mesti didahulukan

mangkok ayun tingkat nih ditaja oleh RapidKL pd hari ke-2 puasa..isinya roti arab dan kuzi ayam ~tq RapidKL

Sunday, August 15, 2010

KEK LAPIS DURIAN


pejam celik, pejam celik dah 5 hari kita menjalani ibadah puasa ramadan 1431...
ramai yang dah mula sebok nak menyediakan kueh raya pulak, tentu seronok dn bangga gila dpt menyediakan kuih sendiri utk dihidangkan kpd tetamu dan keluarga..:) agaknya berapa jenis kek pulak nak disediakan tahun ni ...erm kebetulan sekarang musim durian jd apakata salah satu kek kita diperisakan dengan durian...jom layan.....

bahan-bahan

500 gm mentega (guna yg good qualiti spt golden churn lg sedap)
1/4 tsp garam halus
4 tbsp susu pekat
20 biji kuning telor (grade A)
6 biji putih telor
1 tbsp ovellet
280 gm gula castor
165 gm tepung naik sendiri
1 tsp essence vanila
420 gm isi durian dilenyek2

cara-cara

panaskan oven (guna grill mode)

pukul semua bahan (kecuali isi durian) guna electric stand mixer (paddle attachment)
hingga gebu dan ringan, masukan isi durian dan pukul hingga bercampur sebati
sendokkan dalam acuan bersaiz 8" yg telah dialas greaseproof paper
bakar sesenduk setiap lapis 4 - 6 min hingga garing keemasan. untuk lapis terakhir ubah oven ke normal convection dengan suhu 180 F dengan api atas dan bawah dan bakar lebih kurang 15 minit

sumber: oriental cuisine

Wednesday, August 4, 2010

GULAI SOTONG/CUMI



tengok gulai sotong padang di dapur CMG dan kak Inakl alahai terliorlah sangat! apalagi mama memang gemarkan sotong...asyik goreng kunyit, masak kicap sambal tumis ~ kita gulai stail Indonesia la pulok! kata kak Ina KL dia ambil resep ini di dapur Mbak Asri

bahan yang diperlukan

1 kg sotong dicuci bersih, lalu masukkan kepala dan semat dengan lidi.
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit disiat dan disimpul
2 lembar daun salam
1 batang serai diketuk
750 ml santan

bahan kisar

5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
5 biji cili merah keriting
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 biji buah keras
sedikit kunyit
3 hiris lengkuas
garam secukupnya
¼ sudu teh serbuk jintan manis
sedikit minyak

cara membuat :

dengan sedikit minyak tumis bahan kisar hingga harum ~
masukkan santan dan biarkan mendidih lalu masukkan bahan2 lain

penghargaan @ terimakasih utk :
CMG
Kak InaKL
Mbak Asri